Dr Azahari Husin killed in a shoot-out..

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=1110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
Azahari akhirnya terbunuh -- Dilaporkan terkorban dalam serbuan bersepadu polis, tentera di Jawa Timur
Daripada Zulkefli Hamzah

JAKARTA 9 Nov. - Pengganas paling dicari, Azahari Husin kerana dipercayai mendalangi siri pengeboman berani mati di Indonesia dilaporkan terbunuh dalam serbuan pasukan polis dan tentera di sebuah rumah sewa di Batu, Malang, Jawa Timur petang ini.

Azahari, 48, rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh bersama dua ahli kumpulannya setelah berbalas tembakan selama kira-kira sejam setengah dengan pasukan keselamatan yang terpaksa menggunakan bom sehingga menghancurkan sebahagian rumah sewa berkenaan.

Bagaimanapun setakat ini belum ada pengesahan rasmi daripada polis, tetapi seorang anggota polis dikejarkan ke hospital akibat cedera ditembak di kakinya dalam serbuan di rumah persembunyian pengganas itu.

Ketua Polis Indonesia, Sutanto yang melawat tempat kejadian memberitahu wartawan Azahari telah terbunuh.

Seorang ahli Parlimen, Djoko Susilo yang melawat tempat kejadian dan menemui Sutanto pula menjelaskan kepastian Azahari terbunuh dalam serbuan itu adalah 99.99 peratus.

``Selebihnya perlu dibuktikan melalui forensik. Mayat yang ada dalam rumah itu sudah hancur,'' kata Djoko.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono juga telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Bagaimanapun nasib seorang lagi rakyat Malaysia, Noordin Mohd. Top yang dikatakan berperanan merekrut anggota khususnya untuk menjadi pengebom berani mati belum diketahui.

Pakar membuat bom yang diburu polis sejak bom Bali pada 12 Oktober 2002 itu disyaki turut mendalangi pengeboman di Hotel J.W Marriot (5 Ogos 2003), di depan Kedutaan Besar Australia (9 September 2004) dan di Jimbaran serta Kuta, Bali (1 Oktober lalu).

Azahari, bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Noordin menjadi ancaman utama keselamatan negara ini sehingga pemerintah menawarkan wang tunai masing-masing RM400,000 kepada orang ramai yang memberikan maklumat mengenai pengganas itu.

Seorang saksi, Dwi yang tinggal berdekatan dengan rumah sewa berkenaan semasa dihubungi stesen Metro TV memberitahu, suasana di kawasan rumah tersebut yang dikepung polis sejak pukul 3.30 petang seperti di medan peperangan.

``Saya mendengar polis dan penghuni rumah berbalas tembakan.

``Saya juga mendengar dua letupan kuat sehingga atap rumah melayang. Keadaan rumah itu sekarang gelap kerana bekalan elektrik diputuskan oleh polis,'' katanya.

Dwi berkata, dia mendengar pasukan polis mengeluarkan amaran supaya penghuni rumah menyerahkan diri tetapi dibalas dengan tembakan dan lemparan bom granat.

Menurutnya, rumah itu yang kosong sebelum ini disewa oleh tiga lelaki yang berperwatakan ramah dan tidak mencurigakan sejak tiga bulan lalu.

``Saya hanya melihat tiga orang menghuni rumah itu. Saya diberitahu mereka pelajar universiti di Malang.

``Mereka menggunakan bahasa Indonesia dan wajahnya tidak seperti dalam gambar pengganas yang diedarkan oleh polis. Rambut dua orang antara mereka agak panjang,'' jelasnya.

Seorang lagi saksi Kasin Anan yang tinggal berdekatan dengan rumah tersebut berkata, polis telah mengepung dan memanjat bumbung rumah berkenaan sejak kira-kira pukul 3.30 petang sebelum berlaku tembak-menembak.

``Kemudiannya saya dengar letupan bom. Dalam letupan bom kedua saya lihat polis menyerbu masuk ke rumah berkenaan. tetapi setakat ini saya tidak melihat ada mangsa yang dibawa keluar dari rumah itu,'' katanya.

Menurut Kasin, pada masa ini kawasan perumahan itu ditutup dan penghuni dilarang keluar rumah kerana polis menjangkakan masih ada bom aktif di rumah berkenaan.

Polis hampir menangkap Azahari dan Noordin yang sering mengubah wajah dan berpindah tempat tinggal, di rumah sewanya di kawasan perumahan pelajar universiti Bandung pada 2003 tetapi kedua-duanya yang dikatakan membawa beg berisi bom berjaya melepaskan diri.

Polis Indonesia yang membentuk pasukan khusus memburu dua orang pengganas ini juga telah beberapa kali mengesan kedudukan mereka tetapi gagal untuk menangkapnya kerana kedua-duanya telah melarikan diri terlebih dahulu. - Utusan

--- innalillah..

zaid_z's picture

Re:Dr Azahari Husin killed in a shoot-out..

innalillah ..
and in today's paper : indonesian cops confirmed his death

Camus's picture

Re:Dr Azahari Husin killed in a shoot-out..

There goes an infamous old boy ...

mofadma's picture

Re:Dr Azahari Husin killed in a shoot-out..

Aku baru pergi beraya rumah cousin dia kat Coventry....